KEKOSONGAN JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI (TETAP) DI PUSAT PENYELIDIKAN DADAH DAN UBAT-UBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
KEKOSONGAN JAWATAN
PENSYARAH UNIVERSITI (TETAP) DI PUSAT PENYELIDIKAN DADAH DAN UBAT-UBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
I. PENSYARAH UNIVERSITI VK7 (PROFESOR)
II. PENSYARAH UNIVERSITI DS53 (PROFESOR MADYA)
III. PENSYARAH UNIVERSITI DS51
BIDANG:
- Kimia Farmaseutikal dengan pengkhususan:
- Analisis farmaseutik; DAN
- Fitokimia
KELAYAKAN:
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang seperti di atas atau yang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, DAN
- Memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
SYARAT MINIMA:
I. PENSYARAH UNIVERSITI VK7 (PROFESOR)
a. 20 penerbitan dalam jurnal berindeks (WoS) sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author) dengan sepuluh (10) penerbitan dalam Q1/Q2.
ATAU
Sekurang-kurangnya 15 penerbitan dalam jurnal berindeks (WoS) sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author) dan kombinasi 5 penerbitan bab buku penyelidikan dan buku penyelidikan.
DAN
Satu (1) penerbitan Bahasa Melayu dalam bidang kepakaran.
b. Geran luar di peringkat kebangsaan/antarabangsa yang kompetitif dan disahkan SELESAI sebagai Penyelidik Utama dengan dana kumulatif minimum RM200,000.
c. Mempunyai pengalaman pengajaran minimum 36 unit kredit DAN minimum dua (2) jenis inovasi dalam penyampaian, penilaian dan penyeliaan.
d. Mengijazahkan minimum dua (2) pelajar PhD atau DrPH sebagai PENYELIA UTAMA.
e. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) lantikan sanjungan akademik di peringkat kebangsaan DAN dua (2) lantikan sanjungan akademik di peringkat antarabangsa.
f. Mempunyai perundingan luar luar (termasuk contract research / latihan / perkhidmatan atau sebarang bentuk penajaan kewangan dalam bidang kepakaran) sebagai Ketua Projek – Komuniti / Industri yang disahkan SELESAI dengan dana kumulatif minimum RM100,000.
g. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) penglibatan di peringkat Universiti DAN tiga (3) penglibatan di peringkat kebangsaan/antarabangsa.
II. PENSYARAH UNIVERSITI DS53 (PROFESOR MADYA)
a. 10 penerbitan dalam jurnal berindeks (WoS) sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author) dengan lima (5) penerbitan dalam Q1/Q2.
ATAU
Sekurang-kurangnya enam (6) penerbitan dalam jurnal berindeks (WoS) sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author) dan empat (4) penerbitan bab buku penyelidikan atau satu (1) buku penyelidikan.
DAN
Satu (1) penerbitan Bahasa Melayu dalam bidang kepakaran.
b. Geran luar di peringkat kebangsaan/antarabangsa yang kompetitif dan disahkan SELESAI sebagai Penyelidik Utama dengan dana kumulatif minimum RM100,000.
c. Mempunyai pengalaman pengajaran minimum 36 unit kredit DAN minimum satu (1) jenis inovasi dalam penyampaian, penilaian dan penyeliaan.
d. Mengijazahkan minimum satu (1) pelajar PhD atau DrPH sebagai PENYELIA UTAMA.
e. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) lantikan sanjungan akademik di peringkat kebangsaan.
f. Mempunyai perundingan luar luar (termasuk contract research / latihan / perkhidmatan atau sebarang bentuk penajaan kewangan dalam bidang kepakaran) sebagai Ketua Projek – Komuniti / Industri yang disahkan SELESAI dengan dana kumulatif minimum RM40,000.
g. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penglibatan di peringkat Jabatan/Pusat Pengajian/Pusat DAN dua (2) penglibatan di peringkat Universiti/kebangsaan/antarabangsa.
III. PENSYARAH UNIVERSITI DS51
a. Sekurang-kurangnya empat (4) penerbitan dalam jurnal berindeks (WoS/Scopus) sebagai Penulis Koresponden/Penulis Pertama (Corresponding Author/First Author).
b. Pengalaman pengajaran sekurang-kurangnya satu (1) semester / pengalaman dalam bidang industri minimum tiga (3) tahun.
KRITERIA TAMBAHAN
- Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai rekod penyelidikan yang sepadan dengan bidang nic penyelidikan Pusat iaitu kajian ketagihan.
- Calon yang mempunyai pengalaman penyelidikan melibatkan sebatian semulajadi psikoaktif khususnya daripada ketum atau tumbuhan psikoaktif lain melibatkan pengeksktrakan, pemencilan, dan penulenan; pembangunan dan pengesahihan kaedah analisis sebatian tersebut menggunakan teknik kromatografi-spektrum jisim dan resonans magnet nukleus akan diberikan keutamaan.
- Calon yang menunjukkan prestasi cemerlang penyelidikan dalam bentuk penerbitan dalam jurnal berkualiti, anugerah penyelidikan, dan mempunyai rangkaian penyelidikan tempatan atau antarabangsa sedia ada akan diberikan keutamaan.
- Calon yang mempunyai pengalaman penyelidikan di institusi akademik antarabangsa terkemuka atau industri akan diberikan keutamaan.
- Calon yang mempunyai kelayakan profesional (RPh., ChM atau setara) akan diberikan keutamaan.
- Menunjukkan keupayaan untuk membina dan memimpin pasukan penyelidikan yang proaktif dan produktif, serta semangat kerja berpasukan.
SPESIFIKASI TUGAS
- Calon yang berjaya dikehendaki menjalankan penyelidikan, penyeliaan, pengajaran, pentadbiran dalam bidang kimia farmaseutikal.
- Melibatkan diri dalam perkhidmatan analisis yang ditawarkan kepada pihak industri, perundingan, pengkomersilan serta khidmat kepada universiti dan masyarakat.
CARA MEMOHON
Majukan secara emel butiran jaya diri (CV) dan dokumen-dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya 30 September 2024 kepada:
PENGARAH
Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
Emel: dir_cdr@usm.my
Nota: Hanya permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
- Hits: 97