‘RAWATAN KETAGIHAN GAGAL SEBAB TIADA INTERVENSI'
PENGARAH dan Profesor Pusat Penyelidikan Dadah, Prof. Dr. Vicknasingam Balasingam, berkata ujian air kencing menunjukkkan mereka yang ditangkap dan dipenjarakan kembali ke tabiat asal sejurus selepas dibebaskan.
“Kegagalan merawat ketagihan disebabkan tiadanya intervensi perubatan. Tujuan hantar mereka ke penjara adalah untuk menghukum dan bukan memulihkan mereka. PUSPEN dan banyak negara lain yang ada institusi seperti ini, tidak menunjukkan kejayaan atau pencapaian baik kerana ia bersifat tiruan.
“Mereka terkawal di dalam sana tapi bila dibebaskan mereka perlu berhadapan dengan masyarakat di mana dalam dunia sebenar, ada kawan-kawan dan desakan lain untuk kembali ke tabiat lama. Mereka tidak diajar untuk mengelak desakan ini. Banyak data menunjukkan pemulihan di peringkat komuniti lebih berkesan di mana ketika dalam proses pemulihan, mereka hidup seperti biasa bersama keluarga” katanya.
Proses itu sama seperti pesakit mental yang suatu ketika dulu dikurung tetapi sekarang sudah ada ubat yang boleh mengimbangi bahan kimia di dalam otak mereka.
Katanya penggunaan dadah berpanjangan boleh merosakkan struktur otak dan hendak memulihkan mereka perlukan rawatan ubat- ubatan. Malah, situasi ibu bapa membawa anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan ‘akan mengubah persepsi orang ramai berbanding melawat anak di penjara.
“Kos penjara boleh menelan sehingga RM20,690 sebulan berbanding rawatan menggunakan opiod dan methadone sebanyak 80 miligram berjumlah RM6,560 untuk tahun pertama dan bagi tahun kedua serta seterusnya adalah berjumlah RM6,032. Bagaimanapun mereka yang dipenjarakan mempunyai rekod hukuman yang mungkin menjejaskan peluang untuk mencari kerja selepas dibebaskan.
VICKNASINGAM BALASINGAM
Bacaan lanjut di Akhbar Utusan Malaysia m/s 22 bertarikh 08 Ogos 2022.
- Hits: 684